Contoh RPH Tahun 1



Rancangan Pengajaran Makro Matematik Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian  1:
Mata pelajaran                         : Matematik
Kelas                                       : Tahun 1 Arif
Tarikh                                      : 10 November  2011
Masa                                        : 11.30 pagi – 12.10 tgh (40 minit)
Bilangan murid                       : 20 orang
Bidang pelajaran                     : Nombor Bulat (0-9)
Objektif pembelajaran             : Menama dan menentukan nilai.

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
1.      Menentukan kuantiti bagi nombor yang disebut  menggunakan objek dan  memadankan kumpulan objek dengan nombor.
2.      Membandingkan dua nombor dan menyatakan hubungan ‘lebih daripada’ dan ‘kurang daripada’
3.      Menyusun kumpulan objek mengikut urutan tertib menaik dan menurun           
                        B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                    1. Memadankan  kuantiti nombor dalam kumpulan.
2. Menyusun nombor mengikut turutan menaik dan menurun berselang seli.
                        C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    1. Melibatkan diri secara aktif berkumpulan.
                                    2. Menjalankan aktiviti dengan tertib dan bekerjasama di dalam kumpulan.
           
Konsep/prinsip/hukum/teori:
1. Nombor, bilangan, membilang, banyak, sedikit,satu, dua, tiga, empat lima, enam, tujuh  lapan, sembilan, sepuluh urutan, tertib, menaik, menurun.
2. Menamakan nombor
a.  Membilang objek
b.  Menamakan nombor

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.      Kad nombor ( 1 hingga 9)
2.      Kad gambar ( 1 hingga 9)
3.      Garisan nombor (berskala tanpa nombor)
4.      Lembaran kerja

Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad nombor (1 hingga 9)
2. Gam
3. Kertas manila kad
4. Pen marker

Langkah berjaga-jaga:
Memastikan alatan yang dibilang tidak mengandungi bahan toksik atau tajam dan merbahaya kepada keselamatan.

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mengenal angka dari pengalaman melihat nombor yang ada di persekitaran.
Murid telah mempelajari konsep 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 menggunakan gambar dan sebagainya juga telah menguasai konsep perbandingan banyak dan sedikit.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Membezakan kumpulan objek banyak dan  sedikit

Guru bernyanyi bersama murid lagu “Anak  Ayam”.Murid membilang daun yang kering pada kertas manila kad.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kumpulan objek banyak dan sedikit.

Murid memberi respon dengan bernyanyi bersama-sama dengan penuh semangat sambil bertepuk  tangan.

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Menyanyi.
Menstruktur/ Menstruktur semula
(20 min)
Menyusun nombor secara tertib menaik dan menurun

Guru melekatkan kad nombor di papan putih. Guru memperkenalkan garis nombor kepada murid.  Guru meminta murid membilang satu- satu mengikut urutan menaik dan urutan menurun.
AKTIVITI PEMULIHAN:
Murid menyusun kad nombor mengikut urutan menaik dan urutan menurun.
 

AKTIVITI  PENGUKUHAN

Minta murid melekatkan kad nombor dengan kemas dan cantik di atas kertas manila kad serta mengunting nombor mengikut turutan menial dan menurun. Pamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak dapat menguasai, diberi bimbingan berterusan oleh guru dalam  kumpulan yang sama dan diberi penerangan yang jelas.

Murid membilang objek mengikut urutan menaik dan menurun

Aktviti Pemulihan: murid menyusun nombor mengikut urutan menaik di dalam kumpulan kecil.
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(10 min)







Tulis nombor dan minta murid  membilang satu-satu secara tertib menaik dan menurun.  (lampiran 1)



Murid-murid menulis nombor mengikut urutan menaik dan menurun
Strategi:
Perbincangan kumpulan dan
Sumber pengajaran: lembaran kerja
Refleksi/
Penutup
(5 min)


 Taksir kefahaman murid dengan memberi bimbingan membuat generalisasi pengajaran guru berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.
 Murid menyiapkan lembaran kerja (lampiran 2)
Murid menyiapkan lembaran kerja
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran:
Lembaran kerja


·   Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran

Rancangan Pengajaran 2: Menamakan dan menentukan nilai
Fasa 1: Soal jawab lisan/Demostrasi guru
Fasa 2: Pemerhatian. Murid melakukan aktiviti.
Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (Lampiran 1).
Fasa 4: Refleksi pembelajaran (Lampiran 2).

2 comments:

  1. terima kasih..maklumat yg sangat membantu saya untuk membuat rph..

    ReplyDelete